26 January 2009

Just Get The Spirit of Them...We Will Not Go Down (Song for Gaza)



We Will Not Go Down (Song for Gaza)


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

-Michael Heart-
www.michaelheart.com

29 October 2008

Tips untuk Abstrak

Abstrak mestilah mengandungi:
  • Tujuan & tumpuan kajian; mengapa kajian dijalankan
  • Bahan & kaedah; bagaimana kajian dijalankan
  • Penemuan (hasil utama)
  • Kesimpulan yang penting dan utama

Hindarkan:

  • Merujuk jadual atau rajah
  • Menggunakan kependekan atau akronim kecuali seragam atau diberi penerangan
  • Memasukkan rujukan lengkap. Jika sebuah penerbitan lain dipetik, rujukan lengkap mestilah dibuat (pengarang, judul, jurnal, tarikh dan sebagainya)
  • Jangan menyatakan sebarang maklumat atau kesimpulan yang tidak terkandung dalam rencana
  • Jangan membuat kenyataan yang terlalu umum. Pastikan penemuan berdasarkan kenyataan berkaitan

Lazimnya abstrak terdiri dari 150-250 patah perkataan dan mempunyai kata kunci

23 October 2008

wassta'inu bissobri wassolah


Ayat al-Quran di atas amat besar maknanya jika kita cuba mendalaminya. Saya dapat ayat ini dari seorang teman yang sekarang ini bertugas sebagai Yang Arif di sebuah mahkamah syariah . Dia telah mengupas ayat di atas lebih kurang begini:


"Dan mintalah pertolongan dari Tuhanmu dengan kesabaran dan solat"


Kesabaran yang dimaksudkan di sini ialah apabila kita mengalami sebarang musibah, malapetaka, sesuatu yang menyempitkan dada kita dan yang seumpama dengannya, kita hendaklah bersabar atau dengan ertikata lain bermuhasabah. Kita dikehendaki bermuhasabah dan memikirkan tentang mengapa ujian tersebut Allah pilih untuk kita menghadapinya dan kenapa ia berlaku sekarang? Itu yang dimaksudkan bersabar.


Manakala kita disarankan untuk melakukan solat jika menghadapi sesuatu ujian. Terdapat banyak solat sunat seperti solat sunat taubat, hajat, tahajud, witir dan sebagainya. memang terbukti apabila kita solat atau mengadu kepadaNya, kita akan berasa tenang kerana segala permasalahan dan ujian datang dariNya dan penyelesaian juga akan datang dariNya. Seperti lalat yang sebelah kepaknya terdapat racun manakala sebelah lagi terdapat penawarnya.


Sekian sahaja untuk renungan bersama untuk kali ini.

12 October 2008

Ayat-ayat Cinta


Antara baris-baris ayat di dalam Filem Ayat-ayat Cinta yang dapat dijadikan bahan renungan:

"Aisha isteriku, apakah kau benar-benar mencintaiku?" tanyaku. Aisha menganggukkan kepala.

"Aku juga sangat mencintaimu. Dan aku tak ingin kita yang sekarang ini saling mencintai kelak di akhirat menjadi orang yang saling membenci dan saling memusuhi."

"Apa maksudmu? Apakah ada dua orang yang di dunia saling mencintai di akhirat justru saling memusuhi?" tanyanya.

"Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka keduanya bisa saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil maupun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun juga. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa. Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah Swt. Inilah yang telah diperingatkan oleh Allah Swt dalam surat Az Zukhruf ayat 67: ‘Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.’

Isteriku, aku tak ingin kita yang sekarang ini saling menyayangi dan saling mencintai kelak di akhirat justru menjadi musuh dan seteru. Aku ingin kelak di akhirat kita tetap menjadi sepasang kekasih yang dimuliakan oleh Allah Swt. Aku tak menginginkan yang lain kecuali itu isteriku. Hidup dan mati sudah ada ajalnya. Allahlah yang menentukan bukan keluarga Noura juga bukan hakim pengadilan itu. Jika memang kematianku ada di tiang gantungan itu bukan suatu hal yang harus ditakutkan. Beribu-ribu sebab tapi kematian adalah satu yaitu kematian. Yang membedakan rasanya seseorang mereguk kematian adalah besarnya ridha Tuhan kepadanya. Isteriku, aku sangat mencintaimu. Aku tak ingin kehilangan dirimu di dunia ini dan aku lebih tak ingin kehilangan dirimu di akhirat nanti. Satu-satunya jalan yang harus kita tempuh agar kita tetap bersama dan tidak kehilangan adalah bertakwa dengan sepenuh takwa kepada Allah Azza Wa Jalla."

Tangis Aisha semakin menjadi-jadi.

"Ka...kau benar Suamiku, terima kasih kau telah mengingatkan diriku. Sungguh beruntung aku memiliki suami seperti dirimu. Aku mencintaimu suamiku. Aku mencintaimu karena kau adalah suamiku. Aku juga mencintaimu karena Allah Swt. Ayat yang kau baca dan kau jelaskan kandungannya adalah satu ayat cinta di antara sekian juta ayat-ayat cinta yang diwahyukan Allah kepada manusia. Keteguhan imanmu mencintai kebenaran, ketakwaan dan kesucian dalam hidup adalah juga ayat cinta yang dianugerahkan Tuhan kepadaku dankepada anak dalam kandunganku. Aku berjanji akan setia menempatkan cinta yang kita bina ini di dalam cahaya kerelaan-Nya."

Rujukan: serimahkotaaman.blogspot.com

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu, kepintaran dan kematangannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya"

11 September 2008

Transformational Coaching...

Lamanya tak menulis... sampai ada sahabat menegur kenapa lama menyepi. Kadang-kadang kalau banyak sangat perkara & peristiwa yang perlu didokumentasikan, membuatkan hilang semangat nak menulis.

Tapi tidak mengapa, kali ini aku akan cuba untuk membuat 'come back'

Perkara yang aku cuba bawa kali ini adalah berkenaan seminar yang aku sertai baru-baru ini anjuran AKEPT dan ICLIF di Sheraton Subang Hotel & Tower bertajuk Transformational Coaching. Sangat menarik isinya dan juga tak kurang speakernya yang datang dari US.

Ideanya, kita boleh jalankan Coaching Programme sama ada di tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Katakan di tempat kerja, kita ada 30 orang di dalam jabatan dan sebenarnya kita telah ada 29 coach dan kita juga ada 29 orang coachee. Jika jabatan telah commit untukl diadakan Coaching Programme ini setiap jumaat terakhir di dalam setiap bulan, anggaran 2 jam di sebelah petang, ini bermakna di dalam setahun akan ada 12 sesi coaching ini. Di dalam setiap sesi, kita dikehendaki menulis e-memo atau email kepada 29 orang lain, sebarang komen ringkas, boleh jadi pujian atau kritikan yang membina yang boleh digunakan untuk proses penambahbaikan ataupun pujian yang akan mengukuhkan gelagat positif yang telah ditunjukkan.

Cuba bayangkan pada setiap hujung bulan kita akan mengetahui sikap atau perlakuan kita yang baik dan pastinya disukai oleh rakan sekerja, kita akan seronok dan puas. Apabila kita mendapati kritikan terhadap sikap atau perlakuan kita yang negatif, pastinya kita tidak mahu mendapat komen yang sama pada bulan hadapan dan ia akan membuatkan kita lebih bermotivasi untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

Jika semua ahli jabatan itu berubah ke arah yang lebih baik, semestinya prestasi jabatan akan meningkat dan ini sebenarnya impian setiap ketua jabatan agar jabatan yang diterajuinya cemerlang.

Sekian sahaja untuk kali ini, wassalam......

17 June 2008

Indahnya Sebuah Kemaafan...

Kemaafan mampu menghapuskan dosa yang sebelumnya tidak tertanggung beratnya
Kemaafan mampu melabuhkan keredhaan yang sebelumnya kemurkaan yang hebat
Kemaafan mampu merapatkan persaudaraan yang sebelumnya ingin berbunuhan
Kemaafan mampu menyatukan keluarga yang sebelumnya berpecah belah
Kemaafan mampu melakarkan perpaduan antara kaum dan fahaman siasah yang berlainan
Kemaafan mampu menyatukan sebuah nusa

Tetapi

Sebuah kemaafan akan menjadi indah
Jika kita mendahuluinya
Sebelum kita didatanginya

Dan

Ia akan menjadi lebih indah
Jika kita mendahuluinya
Walaupun beban kesalahan bukan di pihak kita

Nikmatnya akan dirasai
Bila kita dicontohi
InsyaAllah...

22 May 2008

Apabila Isteriku Tertawa-Suhaimi Meor Hassan

Ditujukan khas buat isteriku tersayang, Maheram binti Razali

Aku sering dilanda kerinduan
Pada keamanan pada kedamaian
Namun semua gelora
Hilang entah di mana
Apabila isteriku tertawa

Aku risau memikirkan harga rumah
Makin melambung tinggi langsung tiada batasnya
Namun segala risau
Entah hilang ke mana saja
Apabila isteriku tertawa

Ketawanya pendek sahaja
Bagaikan sengaja direka
Namun penuh bermakna
Lantas mengubat segala luka

Aku sering memohon pada Dia
Agar aku dan isteri sentiasa bersama
Kerana semua derita
Hilang entah di mana
Apabila isteriku tertawa